SELAMAT DATANG ke LAMAN WEB

PERSATUAN MAWAR LESTARI
Berakar budi, bertunjang ilmu

 Pengerusi dan TImbalan Pengerusi Persatuan Mawar Lestari menerima cenderahati daripada penganjur 'ÍMLF Goes To School'

KISAH sekuntum mawar
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN MAWAR LESTARI

Persatuan Mawar Lestari ditubuhkan melalui mesyuarat penubuhan oleh Ahli Jawatankuasa Penubuhan pada 25 Jun 2022 bertempat di Gurney Mall UTMKL.

Seterusnya Persatuan ini bergerak secara tidak rasmi dengan aktiviti pertama, iaitu Jualan Amal Bubur Asyura di Sunway Batu Caves. Jualan Amal ini bertujuan mengisi tabung Persatuan Mawar Lestari bagi tujuan aktiviti kebajikan dan urusan penubuhan rasmi.

Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi melalui Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society - ROS) pada 26 September 2022. Ahli Jawatankuasa Pro-Tem ditubuhkan dan memegang jawatan untuk satu penggal secara persetujuan bersama. 

Persatuan Mawar Lestari telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama pada 14 September 2024 di Expressionz Business Suite Off Jalan Tun Razak, dengan kehadiran 85 orang ahli.

Persatuan ini terus aktif dengan matlamat utama program sosial, kebajikan, dan pendidikan terutamanya untuk golongan B40 dan Asnaf. Sehingga September 2025, Persatuan telah menganjurkan dan terlibat dengan lebih 45 aktiviti, dan merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) paling aktif di Kuala Lumpur dan Selangor.




 Ahli-ahli Persatuan Mawar Lestari bersama rakan strategik daripada Padang, Indonesia di the International Minangkabau Literacy Festival 2025.

keahlian persatuan mawar lestari

MARI SERTAI KAMI!

KAMI MENGALU-ALUKAN
KEHADIRAN ANDA

Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan yang tidak berteraskan keuntungan, Persatuan Mawar Lestari mengalu-alukan anda untuk meyertai sebagai Ahli. 

Kami terbuka untuk semua rakyat Malaysia, terutamanya yang bekerja atau menetap di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, dan Selangor. 

Kami mengalu-alukan golongan professional dan mereka yang boleh menyumbang idea, masa, dan tenaga, bagi menggerakkan objektif dan matlamat persatuan.

Mawar Lestari aktif dengan program-program setempat dan juga antarabangsa, yang beterteraskan ukhuwah, kebajikan, dan pendidikan perniagan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Persatuan Mawar Lestari, sila klik sini.

1+
Ahli Aktif
1+
Aktiviti Dalam 3 Tahun
1+
Rakan Strategik
1+
Peserta Telah Dilatih
AKTIVITI PERSATUAN

Objektif Persatuan Mawar Lestari tidak pernah berubah semenjak penubuhannya, dan ini dapat dilihat dalam semua aktiviti yang kami anjurkan atau sertai.

Aktiviti 4
AKTIVITI
pendidikan
Aktiviti 3
AKTIVITI 
perniagaan
Aktiviti 1
AKTIVITI
kemasyarakatan
Aktiviti 8
Aktiviti 9
RAKAN- RAKAN STRATEGIK

Persatuan Mawar Lestari mengadakan kerjasama dengan pelbagai rakan strategik,

terutamanya rakan NGO atau Agensi Kerajaan yang mempunyai visi dan matlamat yang sama dengan kami.


SOUNDBITES